Salam Maulidur Rasul semua..
Insyallah, esok semua umat Islam akan meraikan sambutan Maulidur Rasul ke atas Nabi Junjungan kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Dikesempatan ini aku ingin mengingatkan diri aku agar sentiasa memuhasabah diri & sentiasa bersyukur dgn apa yg aku miliki, serta menghargai segala perjuangan para nabi & rasul terutamanya perjuangan kekasih Allah, iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Aku mendoakan agar Allah s.w.t sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh Nabi Muhammad s.a.w. Perjuangan nabi junjungan ini serta sikapnya perlu dicontohi dan diteladani oleh semuat umat Islam sampai bila2..
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.
Untuk mengetahui lebih lanjut lg mengenai Nabi Muhammad s.a.w, boleh klik di sini
Akhir kata, slmt menyambut Maulidur Rasul & b'cuti meluangkan masa b'sama keluarga..























