Salam..
Ari nie 8/03/2011 spt yg ramai sedia maklum adalah Hari Wanita Sedunia atau Hari Wanita Antarabangsa @ International Women's Day..
Pd tahun 2011 ni adalah sambutan Hari Wanita Sedunia yg ke 100..Wowww..
Sbg seorg wanita, aku berasa b'syukur kerana hari ini adalah satu2nya hari yg diraikan khas utk para wanita seluruh negara..rasa dihargai sgt2..eee syiokknye..
Di sini ada aku sertakan website Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat yg megadakan beberapa aktiviti sempena Hari Wanita tahun 2011 ini..
Di sini ada aku sertakan website Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat yg megadakan beberapa aktiviti sempena Hari Wanita tahun 2011 ini..
Sblm tu, marilah kita kongsikan bersama apa itu Hari Wanita dan mengapa perlu semua memberikan penghormatan pd kaum Hawa ini..
Berikut adalah maklumat yg dipetik dr sumber WikipediaHari Wanita Antarabangsa atau Hari Wanita Sedunia disambut setiap tahun pada 8 Mac.
Tema tahun 2011 ialah :
“Kesamarataan peluang terhadap pelajaran, latihan, sains dan teknologi: Laluan kerjaya terpuji untuk wanita”.
Kajian menunjukkan kebanyakan negara masih mengamalkan dasar atau undang-undang yang mendiskriminasi wanita.
Matlamat : Wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan. Wanita bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan pada masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah.
Wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suami mahupun bersendirian. Ada ketikanya, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya.Ibu yang bekerja bimbang tentang keselamatan serta kebajikan anak yang ditinggalkan di pusat-pusat jagaan.Tambahan pula, kos menghantar anak ke pusat jagaan atau didikan awal yang menawarkan perkhidmatan atau kemahiran tambahan agak tinggi. Umumnya, perkhidmatan jagaan anak mahupun didikan awal kanak-kanak yang berkualiti merupakan prasyarat penting kepada wanita yang bekerjaya.
Tuntutan wanita:
1.Cuti bersalin yang lebih untuk menjaga dan menyusu anak.
2.Insentif kepada suri rumah sepenuh masa.Pada 2004, seramai 2.79 juta wanita di Malaysia menjadi suri rumah sepenuh masa.
3.Ujian saringan kesihatan asas percuma setiap dua hingga tiga tahun sekali.
4.Sistem kehakiman yang lebih `mesra wanita' dan cekap dalam menangani kes-kes berkaitan keluarga. Malangnya, hakim wanita masih belum dilantik di mahkamah syariah. Ramai yang tidak bersetuju perlantikan wanita menjadi hakim di mahkamah syariah.Kajian Prof. Madya Noor Aziah Awal (UKM) 2001 mendapati 19 % kes perceraian masih tertangguh di mahkamah syariah Negeri Selangor dalam masa 12 bulan berbanding 30 % di mahkamah sivil.
5.Keselamatan wanita dan kanak-kanak terjamin dan terpelihara terutama bebas dari ancaman mat rempit dan ragut.Contohnya kes pembunuhan adik Nurin Jazlin dan kehilangan Sharlinie .[2]
Nabi Muhammad dan WanitaNabi Muhammad menjadi contoh ikutan kita semua. Nabi suruh wanita menutup aurat bukanlah kerana mahu mengurangkan hak wanita untuk dedah sana atau dedah sini. Tetapi meninggikan martabat wanita beriman itu menjadi seumpama mutiara yang tidak ternilai. Dalam sejarah, Nabi tidak pernah memarahi dan memukul isteri-isterinya. "Dikalangan lelaki, akulah yang paling terbaik melayan isteri". Syurga anak-anak berada di bawah telapak kaki ibunya.
15 Anugerah Allah Pada Wanita
Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. Keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?
” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah Dan tidak Ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah Dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.
2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan DOA keberkatan.
3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).
5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit Dan bumi.”
6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat Dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di Hari akhirat.”
8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang Dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar Dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka Dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka Dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat Dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di Mata orang-orang yang memerhatikannya.”
10. Sabda Nabi s.a.w. : ” Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut Dan janggut suaminya, memotong misai Dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut Dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga Dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka Dan selamatlah IA melintas Titian Shiratul Mustaqim.”
11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar Dan berjuang ke jalan Allah Dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat Dan bidadari Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga Dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.
13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan Dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya Dan ringan pula maharnya (mas kahwin).


























